Wednesday, January 30, 2008

nasihat dari eli pasal merokok

tgh2 susun2 folder email nih terjumpa email dari si eli yg tak bosan2 nasihatkan aku soh stop smoking..email was sent on 15/12/05..dah dua tahun email ni ada..tgk eli betapa aku appreciate email ko! so utk all smokers...sila ambik iktibar dr email Pn Elly Fahrana nih.. aku paste sebijik dari email dia...

-------------------------------------------------------------------------------------
"Hoi ko mesti tak sampai lagi kat opis kan!!!
Mior.. Aku nak bagitau ko ni.. Aku kenyangggggggggggggg sangatttttttt… Banyak giler la isi kandungan nasi lemak aku beli kat stall opposite fortuna court tu.. Aku rasa aku makan untuk 3 hari la… letih pon ada

Mlm tadi aku tengok "malam ini bersama ZR" kat astro ria.. Pastu aku memang dok teringat kat kau laa… tu la aku berkobar kobar nak e-mail kau ni.. Tajuk dia "kesan rokok kepada kesuburan". Yg bercakap tu doktor pakar sakit puan.. Maybe kau pun dah tau.. Tapi aku nak jugak bagitau kat kau.. Fakta2nya:

1. Lelaki yg merokok spermanya akan kurang dari segi kualiti dan kuantitinya.. Sebab itu ada yg susah nak hamil bila suaminya merokok.
2. Baby dalam kandungan lebih besar kebarangkaliannya untuk merokok bila besar nanti (tak kira la baby girl or boy) if one of the parent tu merokok
3. Kebarangkalian untuk premature birth sangat tinggi.. Baby lahir tak cukup bulan
4. Tumbesaran baby dalam perut lambat… jadi bila lahir baby yg normal beratnya dalam 3kg tapi if parent yg merokok, beratnya dalam 2.2kg (disebabkan sperma yg kurang kualiti)
5. Syndrom 'sudden death after birth' lebih tinggi dari baby biasa.. (mati selepas dilahirkan)
6. Kecerdasan otak baby akan lebih lambat dibandingkan baby biasa

Sekarang ni tgh buat kajian pasal effect parent yg merokok kepada DNA yg diberikan pada bayi.. Sebab kajian di US telah mendapati DNA baby yg one of the parent yg merokok lebih tinggi percentage nya untuk dapat penyakit DNA seperti down syndrome, sepastik, kecacatan etc.. Tapi masih dalam kajian belum ada konklusi yg kukuh

Yang ini adalah effect kepada baby yg dikandungkan.. Effect pada diri sendiri mesti kau pun dah tau.. Menurut doktor lagi.. Orang yg berhenti merokok akan menghadapi reversal effect.. Maksudnya kalau sebelum ni kandungan dalam darahnya dah tercemar, tapi bila dia berhenti merokok, darah akan back to normal.. Kalau ada barah paru-paru stage yg awal, bila dia berhenti, barah tu boleh hilang. Tapi kena tgk jugak kalo ko dah lama merokok lambat la kan nak kembali kepada normal..

Kau start kira baru beberapa tahun.. Jadi kesihatan kau masih boleh diperbaiki lagi mior.. Kalau kau tak sayang diri kau pon, nanti bila nak kawin nanti ko stop la ye.. Mesti kau sayang anak kau kan (ke ko memang sayang kucing je?).. Kalau kau cakap susah nak berenti.. Itu semua mainan fikiran.. Banyak support sekeliling kau yg sedia membantu.. Kitorg sumer bole teman kau pegi klinik amik ubat alternative. Mak ayah kau, aku, yan, aslah, zaini, majid, adun, kamal arif n kawan2 lain semua tak merokok.. Jadi pemangkin tu tak ada.. Cuma diri kau je sekarang ni…

p/s: untuk sesi kaunseling ini setiap patah perkataan = RM0.50
Jadi kira sendiri berapa kau kena bayar untuk perkhidmatan aku nih"

-------------------------------------------------------------------------------------

hahahah korg leh tolong kirakan dak?

adios..tq eli

7 Comments:

Blogger zaini said...

tu eli sebut nama zaini tu aku ke? aku rasa bersalah plak sbb tak nasihat kan ko berenti rokok hahaha. tp nasib baik ko tak gi langkawi hari tu mior. org lain borong coklat, ko borong rokok :D

12:29 PM  
Blogger feichai said...

Makes me feel so guilty.. :(

5:10 PM  
Anonymous Anonymous said...

hahaha ko la tuh zaini..dia kan tahu kita rakan karib + rakan blogger dulu..

5:46 PM  
Anonymous Anonymous said...

helloo.. dah sah2 la consultation aku tak free ok.. ni ko paste kat sini aku dapat royalties tak nih

8:04 PM  
Blogger Lenny said...

hahaha.. lawak pon ada bila baca comment2 nieh..

anyway.. mior.. pesanan dari kerajaan malaysia.. merokok membahayakan kesihatan.. ehheh

11:38 AM  
Blogger Adun Karamba said...

takpe mior isap je rokok. aku nih pun dah kurang bersenam sgt . aku rase aku ada chance kena high blood pressure kalu berterusan camnih. at least annti aku ada teman kat spital. :P

so pembaca2 sekalian, jaga lah kesihatan anda,sbb korg takleh beli kesihatan pun

8:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

adekah ini bermakne tuan blog sudah berhenti menghisap?

8:14 PM  

Post a Comment

<< Home