nasihat dari eli pasal merokok
tgh2 susun2 folder email nih terjumpa email dari si eli yg tak bosan2 nasihatkan aku soh stop smoking..email was sent on 15/12/05..dah dua tahun email ni ada..tgk eli betapa aku appreciate email ko! so utk all smokers...sila ambik iktibar dr email Pn Elly Fahrana nih.. aku paste sebijik dari email dia...
-------------------------------------------------------------------------------------
"Hoi ko mesti tak sampai lagi kat opis kan!!!
Mior.. Aku nak bagitau ko ni.. Aku kenyangggggggggggggg sangatttttttt… Banyak giler la isi kandungan nasi lemak aku beli kat stall opposite fortuna court tu.. Aku rasa aku makan untuk 3 hari la… letih pon ada
Mlm tadi aku tengok "malam ini bersama ZR" kat astro ria.. Pastu aku memang dok teringat kat kau laa… tu la aku berkobar kobar nak e-mail kau ni.. Tajuk dia "kesan rokok kepada kesuburan". Yg bercakap tu doktor pakar sakit puan.. Maybe kau pun dah tau.. Tapi aku nak jugak bagitau kat kau.. Fakta2nya:
1. Lelaki yg merokok spermanya akan kurang dari segi kualiti dan kuantitinya.. Sebab itu ada yg susah nak hamil bila suaminya merokok.
2. Baby dalam kandungan lebih besar kebarangkaliannya untuk merokok bila besar nanti (tak kira la baby girl or boy) if one of the parent tu merokok
3. Kebarangkalian untuk premature birth sangat tinggi.. Baby lahir tak cukup bulan
4. Tumbesaran baby dalam perut lambat… jadi bila lahir baby yg normal beratnya dalam 3kg tapi if parent yg merokok, beratnya dalam 2.2kg (disebabkan sperma yg kurang kualiti)
5. Syndrom 'sudden death after birth' lebih tinggi dari baby biasa.. (mati selepas dilahirkan)
6. Kecerdasan otak baby akan lebih lambat dibandingkan baby biasa
Sekarang ni tgh buat kajian pasal effect parent yg merokok kepada DNA yg diberikan pada bayi.. Sebab kajian di US telah mendapati DNA baby yg one of the parent yg merokok lebih tinggi percentage nya untuk dapat penyakit DNA seperti down syndrome, sepastik, kecacatan etc.. Tapi masih dalam kajian belum ada konklusi yg kukuh
Yang ini adalah effect kepada baby yg dikandungkan.. Effect pada diri sendiri mesti kau pun dah tau.. Menurut doktor lagi.. Orang yg berhenti merokok akan menghadapi reversal effect.. Maksudnya kalau sebelum ni kandungan dalam darahnya dah tercemar, tapi bila dia berhenti merokok, darah akan back to normal.. Kalau ada barah paru-paru stage yg awal, bila dia berhenti, barah tu boleh hilang. Tapi kena tgk jugak kalo ko dah lama merokok lambat la kan nak kembali kepada normal..
Kau start kira baru beberapa tahun.. Jadi kesihatan kau masih boleh diperbaiki lagi mior.. Kalau kau tak sayang diri kau pon, nanti bila nak kawin nanti ko stop la ye.. Mesti kau sayang anak kau kan (ke ko memang sayang kucing je?).. Kalau kau cakap susah nak berenti.. Itu semua mainan fikiran.. Banyak support sekeliling kau yg sedia membantu.. Kitorg sumer bole teman kau pegi klinik amik ubat alternative. Mak ayah kau, aku, yan, aslah, zaini, majid, adun, kamal arif n kawan2 lain semua tak merokok.. Jadi pemangkin tu tak ada.. Cuma diri kau je sekarang ni…
p/s: untuk sesi kaunseling ini setiap patah perkataan = RM0.50
Jadi kira sendiri berapa kau kena bayar untuk perkhidmatan aku nih"
-------------------------------------------------------------------------------------
hahahah korg leh tolong kirakan dak?
adios..tq eli